Kemangkatan, pengebumian, dan pewarisan William_I_dari_England

William mangkat ketika berumur 59 tahun di Biara St Gervais, dekat Rouen, Perancis pada 9 September 1087, akibat kecederaan abdomen yang diterima daripada bonggol pelananya ketika baginda jatuh dari kudanya dalam Pengepungan Mantes. William dikebumikan di gereja St. Stephen di Caen, Normandie. Dalam satu post-mortem yang tidak mewah, jasad baginda yang gemuk gedempol tidak padan dengan keranda batunya yang kemudian pecah selepas beberapa percubaan oleh biskop-kiskop untuk memasukkannya. Gereja kecil itu dikatakan berbau busuk dan menyebabkan orang-orang yang berkabung bersurai. [2]

William diwarisi oleh William Rufus, puteranya yang lebih kecil, sebagai Raja England, dan oleh Robert Curthose, puteranya yang lebih tua, sebagai Duke Normandie pada tahun 1087. Pewarisan ini mencetuskan Pemberontakan 1088. Henry, puteranya yang paling muda, kemudian juga menjadi Raja England, selepas William II mangkat tanpa mempunyai putera untuk mewarisinya.